Pendaftaran Penyedia Latihan Majlis TVET Melaka
Majlis TVET Melaka membuka peluang kepada semua penyedia latihan yang berminat untuk berdaftar secara rasmi. Pendaftaran terbahagi kepada dua (2) kategori berikut.
Syarikat Swasta
Seperti Syarikat Sdn. Bhd, Enterprise dan Persatuan Klik pautan berikut untuk pendaftaran: Pendaftaran Vendor Penyedia Latihan (Syarikat)
Institusi TVET
Seperti Universiti, Kolej, Sekolah dan sebaginya, Klik pautan berikut untuk pendaftaran: Pendaftaran Vendor Penyedia Latihan (Institusi TVET)
Nota Penting:
Pemohon diwajibkan melengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan bagi membolehkan permohonan dihantar. Sila pastikan setiap medan diisi dengan tepat dan dokumen sokongan yang dimuat naik adalah lengkap.
Fungsi ‘Simpan dan Sambung Kemudian’
Sekiranya anda memerlukan masa tambahan untuk melengkapkan borang, sila gunakan butang ‘Save and Continue Later’.
Setelah butang tersebut ditekan, satu e-mel pemberitahuan yang mengandungi pautan sesi akan dihantar kepada anda. Anda boleh menyambung semula sesi tersebut pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir dan menghantar permohonan setelah selesai.
Proses Tindakan Permohonan
Selepas permohonan dihantar, pihak Majlis TVET Negeri Melaka akan memproses permohonan tersebut. Semua dokumen yang dikemukakan akan diteliti dengan terperinci. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keperluan maklumat tambahan, pegawai kami akan menghubungi pemohon untuk mendapatkan butiran lanjut.
Setelah permohonan diluluskan, institusi atau syarikat penyedia latihan yang berjaya akan diberikan akses ke dalam sistem MiYERP TVET Melaka.
Kelebihan Akses Sistem MiYERP TVET Melaka
Melalui sistem ini, anda berpeluang untuk:
- Berkolaborasi bersama pihak sekretariat bagi tujuan kemas kini program latihan.
- Menghantar usul bagi program latihan terbaharu.
- Mengemukakan pertanyaan terus kepada pihak sekretariat.
- Mendapatkan kemas kini pengumuman terkini berkaitan program
