Misi & Visi Majlis TVET Melaka

Misi

Memperkasa ekosistem TVET Melaka melalui kerjasama strategik, inovasi teknologi, dan pembangunan modal insan untuk memenuhi keperluan industri serta memperkukuh daya saing negeri di peringkat nasional dan global.

Visi

Menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan TVET yang bertaraf dunia, peneraju pembangunan industri dan rujukan utama bakat tempatan, selari dengan aspirasi negara

Sokongan Tenaga Mahir untuk Keperluan Industri Melaka.

TVET Melaka membantu industri mengakses bakat berkemahiran dan penyelesaian latihan yang relevan dengan keperluan tempat kerja sebenar. Platform ini menghubungkan industri dengan pelajar TVET dan penyedia latihan bagi membina tenaga kerja yang lebih produktif dan bersedia masa hadapan.

Siapa Yang Patut Daftar
  • Pelajar lepasan sekolah
  • Belia yang berminat dalam bidang kemahiran dan teknikal
  • Individu yang ingin cepat memasuki alam pekerjaan
  • Belia yang ingin meningkatkan kebolehpasaran diri
  •  
Kelebihan Daftar
  • Pendedahan kepada laluan kerjaya TVET
  • Akses kepada program latihan dan kemahiran
  • Peluang meningkatkan kebolehpasaran dan keyakinan diri
  • Pendedahan kepada industri dan peluang pekerjaan
  • Panduan awal untuk memilih bidang kemahiran yang sesuai
  •  

Platform Kolaborasi untuk Penyedia Latihan TVET

TVET Melaka membuka ruang kepada institusi dan penyedia latihan untuk menyertai ekosistem kemahiran yang diselaraskan dan berfokuskan keperluan industri. Platform ini membantu penyedia latihan menonjolkan kepakaran serta menawarkan program latihan jangka pendek yang relevan

Siapa Yang Patut Daftar
  • Syarikat dan majikan di Melaka
  • Industri yang memerlukan tenaga mahir dan separa mahir
  • Majikan yang ingin terlibat dalam latihan, perantisan atau kolaborasi TVET
  • Organisasi yang memerlukan program reskilling & upskilling pekerja
  •  
Kelebihan Daftar
  • Akses kepada bakat TVET yang relevan dengan industri
  • Peluang mempengaruhi kandungan latihan mengikut keperluan syarikat
  • Akses kepada program reskilling & upskilling jangka pendek
  • Jaringan dengan institusi latihan dan rakan industri
  • Penglibatan dalam ekosistem pembangunan bakat negeri
  •  

Bina Kemahiran, Bentuk Masa Depan Anda.

TVET Melaka menyediakan laluan kerjaya berasaskan kemahiran untuk pelajar dan belia yang ingin membina masa depan melalui latihan praktikal dan hands-on. Program TVET membantu anda membina kemahiran sebenar yang diperlukan oleh industri, bukan sekadar teori.

Siapa Yang Patut Daftar
  • Institusi TVET awam dan swasta
  • Pusat latihan kemahiran
  • Akademi teknikal dan industri
  • Penyedia latihan reskilling & upskilling
  • Organisasi latihan berasaskan kemahiran
Kelebihan Daftar
  • Platform untuk menawarkan program latihan jangka pendek
  • Peluang terlibat dalam inisiatif reskilling & upskilling industri
  • Peningkatan keterlihatan dan kredibiliti institusi
  • Akses kepada rangkaian industri dan rakan strategik
  • Peluang kolaborasi dan pembangunan program bersama

Mengapa Memilih TVET?

Dipacu Industri. Kemahiran Berfokus. Pekerjaan Tersedia.

Kebolehpasaran tinggi dan relevan dengan kerjaya

Fakta Ringkas TVET Melaka

Jumlah Graduan
0
Intitusi TVET Awam Kerajaan Negeri
0
Intitusi TVET Swasta
0

Kemahiran Utama Ekonomi Melaka

Setiap laluan merangkumi:

  • Program TVET berkaitan
  • Keperluan kemahiran dan kompetensi
  • Peluang kerjaya dan hasil pekerjaan

Pembuatan & Automasi

Kemahiran dalam operasi mesin dan automasi industri untuk sektor pembuatan moden.

Elektrikal & Elektronik

Fokus pada pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik dan peralatan elektronik.

Automotif & Logistik

Kemahiran membaiki kenderaan dan mengurus penghantaran serta rantaian bekalan.

Hospitaliti & Pelancongan

Kemahiran dalam layanan pelanggan, pengurusan hotel, dan aktiviti pelancongan.

Digital & Pembuatan Pintar

Gabungan teknologi digital dan automasi untuk industri pintar dan Revolusi 4.0.

Berita & Sorotan Terkini

Manfaat Reskilling & Upskilling​

 Pelajar

  • Meningkatkan Kebolehpasaran dan Keselamatan Kerjaya
  • Fleksibiliti Laluan Kerjaya

  • Pembelajaran Sepanjang Hayat

Industri

  • Menangani Kekurangan Tenaga Mahir

  • Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing

  • Mengurangkan Kos Operasi

 Penyedia Latihan TVET

  • Program Latihan Lebih Relevan dan Permintaan Tinggi

  • Pengukuhan Kerjasama Industri

  • Pemerkasaan Tenaga Pengajar

Industri & Rakan  Kerjasama

Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis TVET—menyelaras, memperkasa, dan membina ekosistem TVET untuk menarik pelaburan industri serta membawa pulang bakat tempatan demi kemajuan negeri.

  • Tentang Majlis TVET Melaka
  • Hubungi Sekretariat
  • Pautan Pantas
    • Pelajar
    • Majikan
    • Institusi
  • Berita & Aktiviti Terkini
  • Media Sosial